Hari Buah Pinggang Sedunia

May 20, 2017 | Articles

Selain bulan Nutrisi Kebangsaan, bulan Mac juga merupakan bulan Kesedaran Buah Pinggang. Tema bagi 2014 ialah ‘Sakit Buah Pinggang Kronik dan Penuaan’. Isu kali ini akan menyentuh mengenai dialysis dan sambutan Kempen Kesedaran Buah Pinggang yang telah diadakan di DEMC pada 5 April 2014.


Tahukah anda?

  • Setiap 1 daripada 10 orang menghidap penyakit buah pinggang kronik.
  • Setiap 1 daripada 5 lelaki dan 1 daripada 4 wanita berusia antara 65 dan 74 menghidap penyakit buah pinggang kronik.
  • Penyakit buah pinggang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan bangsa.
  • Tekanan darah tinggi dan kencing manis adalah punca utama penyebab penyakit buah pinggang kronik di kalangan orang dewasa.

HEMODIALISIS – Dialisis Peritoneal

Bagi dialysis ini, darah akan dibersihkan di luar daripada badan. Mesin dialisis dan penapis khas atau dialyzer (buah pinggang tiruan) akan digunakan untuk membersihkan darah. Untuk mengalirkan darah ke dialyzer, doktor perlu membuat akses (pintu masuk) ke dalam saluran darah melalui pembedahan kecil, biasanya pada lengan anda.


Bagaimana ia berfungsi?

Bagi dialisis ini, darah akan dibersihkan di dalam badan. Satu tiub plastik lembut (kateter) akan diletakkan ke dalam abdomen (perut) sebagai akses dan cara ini dilakukan melalui pembedahan.

Semasa rawatan, kawasan perut (kaviti peritoneal) akan dipenuhi dengan dialisat (cecair pembersih) melalui kateter. Darah di dalam arteri dan vena akan kekal manakala lebihan cecair dan bahan buangan dalam darah akan keluar melalui dialisat. Dialyzer mempunyai 2 bahagian:

  • Bahagian 1 : untuk darah.
  • Bahagian 2 : untuk dialisat.
  • Satu membran nipis memisahkan kedua-dua bahagian ini. Sel-sel darah, protein dan molekul lain yang penting kekal dalam darah kerana saiz mereka adalah terlalu besar untuk melalui membran. Bahan buangan yang lebih kecil dalam darah seperti urea, kreatinin, kalium dan cecair tambahan melalui membran dan dikeluarkan dari dalam badan.

Jenis jenis dialisis

Terdapat 2 jenis peritoneal dialisis:

  • Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
    Rawatan ini dilakukan secara berterusan, tanpa mesin dan dilakukan semasa anda melakukan aktiviti biasa seperti semasa bekerja. Rawatan ini dilakukan dengan memasukkan kira-kira 2 liter cecair pembersih ke dalam perut dan kemudian mengeluarkannya. Cara ini dilakukan dengan menyambungkan beg plastik cecair pembersih melalui tiub ke dalam perut anda. Cecair tersebut yang mengandungi sisa dari darah akan mengalir dari perut dan dibuang. Perut anda akan diisi semula dengan cecair yang baharu.
  • Automated Peritoneal Dialysis (APD)
    Rawatan APD menyalurkan dan mengeluarkan cecair pembersih dengan menggunakan mesin. Rawatan ini biasanya dilakukan pada waktu malam ketika anda sedang tidur.

Berapa lama setiap rawatan Dialisis?

  • Hemodialisis di pusat dialisis – Dilakukan 3 kali seminggu selama kira- kira 4 jam bagi satu sesi.
  • Hemodialisis di rumah – Dilakukan 4-7 kali seminggu selama 4 jam bagi satu sesi.
  • CAPD – Proses ini dilakukan 3-5 kali dalam tempoh 24 jam. Setiap pertukaran mengambil masa kira-kira 30-40 minit.
  • APD – Proses ini memakan masa selama 10-12 jam.

Persediaan untuk Dialisis

Bilakah Dialisis diperlukan?

Diperlukan apabila pesakit telah jatuh sakit dan mempunyai kegagalan buah pinggang akut (kehilangan sementara fungsi buah pinggang) atau pesakit yang agak stabil tetapi telah hilang fungsi buah pinggang (kegagalan buah pinggang peringkat akhir, kira-kira 85-90% fungsi buah pinggang telah gagal).

Apakah fungsi Dialisis

Dialisis berfungsi sebagai pengganti tiruan untuk fungsi buah pinggang (terapi pengganti renal). Ia dapat menggantikan fungsi semulajadi buah pinggang seperti mengeluarkan bahan buangan, mineral dan air berlebihan dalam darah, mengawal bahan kimia dalam darah seperti kalium dan natrium serta mengawal tekanan darah.

Dimanakah akses Dialisis?

Akses vaskular digunakan untuk membolehkan darah melalui tiub lembut ke mesin dialisis di mana ia membersihkan darah dengan menggunakan penapis khas. Terdapat 3 akses:

  • Fistula : Akses yang dibuat dengan menyambungkan arteri atau vena.
  • Graft : Akses yang dibuat dengan menggunakan satu tiub lembut untuk menyambung arteri dan vena di lengan.
  • Kateter : Tiub lembut yang diletakkan di dalam urat besar, biasanya di leher anda.

Keselesaan semasa Dialisis?

Pada permulaan hemodialisis, jarum akan dimasukkan ke dalam fistula dan ini boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa. Namun begitu, badan anda akan dapat menyesuaikan diri dan rasa sakit akan berkurangan.

DEMC: Corporate Video

You have Successfully Subscribed!