HERNIA Jangan Dipandang Ringan

May 15, 2017 | Articles

Simptom Pada Bayi & Kanak-kanak

Semasa dalam janin, testis atau zakar terletak di belakang iaitu berhampiran dengan buah pinggang. Apabila fetus membesar, secara tidak lansung, ia akan turun dari rongga perut menuju ke skrotum (kantung kemaluan). Manakala dinding rongga yang lemah itu akan membentuk satu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian oerut dengan isi yang keluar dari bahagian usus. Akibatnya, bahagian yang mengalami hernia sering menangis, muntah-muntah dan bagi kanak-kanak pula kelihatan resah gelisah, menangis dan diiringi dengan benjolan tenggelam timbul yang berlaku pada bahagian pusat.


Simptom pada orang dewasa

Biasanya, hernia pada orang dewasa terjadi pada usia yang lanjut kerana otot dinding rongga perut semakin lemah, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemorosotan. Disebabkan keadaan inilah mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah dan menonjol keluar. Bahagian badan yang menonjol keluar apabila seseorang itu berdiri dan mengakibatkan perut mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh membunag air besar, sakit belakang dan lenguh-lenguh.

Keadaan ini menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Contohnya akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.


Pembedahan

Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut akan dirapatkan menutupi lubang yang ada. Pembedahan secara laparoskopi mengunakan kamera dan peralatan panjang untuk menebuk bahagian adan. Ia bole menampal tempat hernia yang berlubang dengan ;mesh; atau jarring. Cara baru ini mengurangkann kejadian hernia berulang dan kelebihannya, luka pembedahan lebih kecil dan sembuh dengan lebih cepat.

Kaedah lain tanpa pembedahan adalah dengan ‘truss’ iaitu pemakaian penopang yang hanya bersifat menyokong dan mengelakkan hernia daripada membesar. Walaubagaimanapun kaedah ini, mungkin memberi ketidakselesaan semasa berjalan atau berdiri.

Bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur satu tahun, pembedaha masih lagi dipertimbangkan kerana mengharapkan lubang akan terus tertutup selaras dengan tumbesarannya.


Rawatan

  • Hernia yang terjadi kepada orang dewasa seeloknya boleh ditangani seawall yang mungkin. Tetapi, jika dibiarkan ia boleh bertambah parah dan juga membawa maut
  • Antara faktor-faktor yang menyebabkan mereka lambat untuk mendapatkan rawatan kerana takut untuk berjumpa dengan doctor, menganggap masalah ini tidak menggangu dan tidak hilang fungsi sebagai orang lelaki.
  • Namun, sesetengahnya lebih senang mengambil jalan dengan cara mengurut. Ingat, mengurut tidak dapat menyelesaikan masalah, malahan akan memudaratkan dan menjadi lebih sukar apabila pembedahan dilakukan.

Tips pencegahan

  • Kekalkan berat badan ideal, sesuai dengan ketinggian. Berbincang dengan doctor atau pakar diet jika anda bersa tubuh berlebihan berat badan.
  • Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diperbuat dari  beras atau gandum, mengandungi banyak serat untuk menghindari dari masalah sembelit atau meneran.
  • Berhati-hati ketika mengangkat barangan berat. Sebaliknya angkat dengan menggunakan lutut.
  • Segera berjumpa dengan doctor apabila mengalami batuk yang berpanjangan atau bersin yang berterusan.
  • Berhenti merokok kerana rokok menyebabkan batuk yang berpanjangan dan akan menegangkan otot perut.

DEMC: Corporate Video

You have Successfully Subscribed!