Hari Buah Pinggang Sedunia

Selain bulan Nutrisi Kebangsaan, bulan Mac juga merupakan bulan Kesedaran Buah Pinggang. Tema bagi 2014 ialah ‘Sakit Buah Pinggang Kronik dan Penuaan’. Isu kali ini akan menyentuh mengenai dialysis dan sambutan Kempen Kesedaran Buah Pinggang yang telah diadakan di DEMC pada 5 April 2014.

AWAS! Hunter Sindrom

Secara perlahan-lahan, Amir semakin sukar mengawal pergerakannya. Tubuhnya semakin lemah dan tidak secergas dahulu. Malah, raut wajahnya semakin berubah. Dahinya semakin besar dan meluas. Jari-jemarinya yang dahulu comelkini semakin membulat. Perubahan tersebut amat membimbangkan Amsyar dan Munirah, lantas Amir dibawa ke hospital. Setelah kajian dan pemeriksaan dilakukan, doctor mengesahkan bahawa Amir menghidap penyakit HUNTER SYNDROME ataupun MUCOPOLYSACCHARIDOSIS II (MPSII).

Hunter Syndrome menrupakan penyakit yang disebabkan oleh kekacauan genetic yang serius. Menurut Dr. Roliza Ibrahim, Konsultan Pediatrik Pusat Perubatan Pakar, Darul Ehsan, kebiasaannya ibu merupakan pembawa kepada genetic ini dan akan menuunkannya kepada anak lelaki yang dilahirkan.

Pencernaan Tak Sempurna Antara Punca Ketiak, Kaki Berbau

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Baik, Buruk Minyak Masak

Kesihatan tidak mahu mengulas mengenai fenomena tersebutatau mencari apa puncanya, cuma sekadar ingin mencungkil rahsia di sebalik bahan asas masakan rakyat Malaysia itu.

Tanpa disangkal, kita menggunakan minyak masak setiap hari dalam kebanyakan jenis masakan. Goreng, kari, kurma, sup, asam pedas, masak kicap, sebut sahaja apa jenisnya, bahan asasnya adalah minyak. Itu belum dikira lagi kuih muih seperti karipap, donat, goring pisang dan bermacam lagi yang mengunakan minyak yang banyak ketika dimasak.

Tangani Obesiti, Pelbagai Penyakit Boleh Diatasi

“Selain itu tidak dinafikan bahawa apabila semakin bertambah usia seseorang, maka kadar metabolisme tubuhnya juga semakin berkurangan. Misalnya ketika muda, metabolisme lebih tinggi. Maka setiap apa yang dimakan akan lebih senang dibakar kalorinya. Sebaliknya setelah usia meningkat seperti selepas mencecah usia 40++, tenaga seseoarng itu juga semakin berkurangan. Mereka juga mungkin pada ketika ini semakin kurang melakukan aktiviti. Daya ketahanan juga menurun. Dalam keadaan ini, obesity boleh terjadi apabila makanan yang masuk ke dalam tubuh berlebihan daripada apa yang dibakar. Maksudnya, jumlah makanan yang dimakan berlebihan daripada yang tubuh kita mampu bakar. Maka, untuk memeliki berat badan yang seimbang dan mengelakkan obesity, kita harusmemastikan kalori yang kita ambil danyang kita gunakan mestilah seimbang. Pada ketika ini anda seharusnya lebih bersikapmemilih sebelum mengambil sesuatu makanan. Pilihlah kualiti dan bukan kuantiti. Sila rujuk kepada pyramid pemakanan untuk pengambilan makanan yang seimbang dan sihat.

TOP