Tangani Obesiti, Pelbagai Penyakit Boleh Diatasi

May 16, 2017 | Articles

Secara genetic pula, memang terdapat kaum yang lebih cenderung untuk obes berbandinng bangsa lain. Tetapi itu bukanlahfaktor utama kerana factor gaya hidup mempengaruhi. Saya ambil contoh, bangsa jepun yang tinggal di USA. Kita sedia maklum, orang Jepun di negara Jepun mempunyai corak pemakanan yang lebih sihat. Walau bagaimana pun, hasil kajian, kadar kolestrol mereka di USA adalah sama dengan penduduk USA sendiri.

“Obesiti sememangnya menjadi punca pelbagai penyakit yang berbahaya. Antaranya tidur berdengkur. Ini kerana saluran pernafasan menjadi semakinsempit. Bagi yang serius, ia boleh menyebabkan nafas berhenti secara tiba-tiba dan menyebabkan kematian ketika tidur.

Selain itu obesity jugaboleh menyebabkan kencing manis. Ini disebabkan badan akan mengeluarkan insulin dan apabila badan lebih besar maka badan tidak dapat menampung pengeluaran insulin dan kadar glukos dalam tubuh meningkat lalu setrusnya menyebabkan kencing manis. Penyakit darah tinggi juga boleh disebabkan oleh obesity. Ini kerana jantung terpaksa bekerjalebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Masalah kepada sendi terutama lutut juga merupakan masalah utama akibat obesity. Selain itu obesity juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti steroid.

Didapati setelah seseorang itu berjayamenurunkan kadar obesitinya, dia mampu mengawalrisiko penyakit-penyakit yang dihadapi. Misalnya masalah dengkur. Kini tiada lagi kerana ruang pernafasan semakin membesar. Begitu juga penyakit kronik lain seperti kencing manis dan darah tinggi. Biasanya penyakit ini dapat dikawal atau dos ubatan dapat dikurangkan.

“Obesiti boleh ditangani secara konservatif atau ubat-ubatan. Secara konservatif ialah mengamalkan gaya hidup sihat seperti kjaga pemakanan dan bersenam. Selain itu ubat-ubatan pula seperti ubat diet dan pusat pelansingan. Tak dinafikan, ada yang berjaya. Tetapi sekiranya seseorang itu obes yang berlebihan, sukar untuk mereka berjaya atau mengekalkan pengurangan berat badan untuk jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun, nasihat saya bagi mereka yang mengambil  sebarang ubat-ubatan, silalah berjumpa dan dapatkan nasihat daripada doctor terlebih dahuluuntuk mengelakkan kesan sampingan. Apatah lagi sekiranya usia andasudah meningkat dan punya penyakit tertentu. Ditakuti ubat yang anda ambil untuk penyakit yang dihadapi itu akan clash (berinteraksi) dengan ubat untuk menurunkan berat badan. Oleh itu, sangat penting untuk anda berjumpa doctor terlebih dahulu.

“Bagi kes obesity yang melampau, pembedahan juga adalah antara alternatif yang boleh diambil. Antaranya ialah Bio Enteric Intragastric Ballon (BIB). Ini kaedah memasukkan belon khas ke dalam perut. Belon itu akan dipam dan akan memenuhi bahagian perut lalu membuatkan seseorang ituakan berasa kenyang. Ini membuatkan seseorang itu akan berasa kenyang. Ini membuatkan dia kurang makan. Belon itu boleh di kekal dalam perut untuk tempoh enam bulan. Selepas itu belon itu perlu dikeluarkan kerana berisiko untuk pecah (bocor). Dalam keadaan ini belon mungkin akan termasuk ke dalam usus kecil dan tersumbat. Melalui pengalaman saya, pesakit boleh kehilangan di antara 10 hingga 15 kg dalam tempoh enam bulan. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang takutkan pembedahan dan rendah risiko. Terdapat juga rawatan Gastric Banding atau ‘ikat perut’ dan kaedah “Sleeve gastrctomy” iaitu untuk kecilkan perut. Usia juga bukan lagi had utama. Walaupun pembedahan-pembedahan ini biasanya dilakukan ke atas kanak-kanak dan remaja dan dewasa yang obes tetapi kini tidak lagi. Saya pernah terlibat dalam rawatan pembedahan ke atas pesakit yang berusia 60 tahun lebih. Sebenarnya jenis rawatan yang diberikan bergantung kepada keperluan pesakit tersebut.

“Nasihat saya kepada mereka yang munkin mengalami masalah obes ini, berjumpalah dengan doctor bagi mendapatkan nasihat bagi menangani masalah tersebut. Anda juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan untuk mengetahui corak pemakanan yang sihat, seterusnyamembantu anda mengurangkan obesity. Penurunan berat bada juga boleh juga dilakukan secara beransur-ansurdan jangan terlalu drastic. Jika sebelum ini anda kurang bersenam, anda perlu melakukan senaman yang low impact seperti berenang, berbasikal dan berjalan kaki. Tetapi awas, pilih senaman yang bersesuaian dengan usia dan bentukfizikal anda. Misalnya, jika anda berlari, akan menyebabkan banyak banyak hentakan dan boleh menyebabkan sendi rosak dan sakit lutut. Untuk menguatkan semangat, anda boleh menyertai kumpulan yang bermatlamat sama kerana ini memberikan anda dorongan untuk meneruskan usaha tersebut,” akhiri Dr. Lukman.

DEMC: Corporate Video

You have Successfully Subscribed!